Tuesday, September 14, 2010

Raya

i dont think it's too late to wish selamat hari raya maaf zahir batin. Kinda busy lately, busy preparing for raya, dont have the real time to celoteh here. Anyway, raya this year is happier. Cukup semua in my family. On the very first day, right after getting back from solat, dah beratur budak-budak nak beraya. Tak menang tangan dibuatnya. Well, this is what we call raya. Tapi, untuk yang dah besar panjang, mesti dah rasa tak semacam dulu..kn??

raya jugak buat aku fikir cepatnya masa berlalu. Kan? i bet you guys also think the same. Waaa.. dah setahun berlalu. Ntah sempat ke tak untuk tahun depan pulak.hmmmm..still wondering..at least terfikir jugak tentang usia. Ada certain people, they live like they have another 10000++ years. Tak takut mati punya orang. Hidup nak enjoy je. Kan ada orang macam tu.

Ada orang senang-senang je nak snatch hidup orang lain. Agak tak suka je, ada masalah sikit terus dibunuhnya. Hairan.. Ada ini orang, dalam dilema. Betul tak tipu. Nak sokong ke tak, nak jaga ke tak. Sampai ada orang label his leadership is stupid because they dont know whats happening. Dah ada berani bangkang itu ini, demand itu ini. Yang tuan punya tanah pun tak bersatu, semua nak tunjuk kapla. Semua nak jadi no 1. Kan pakcik An kan?haih.. Bila lagi kita boleh lihat bangsa kita bersatu. Hairan-hairan.

Monday, September 6, 2010

a Atau B?

Kawan, sahabat, rakan, member, buddy, friends.. All of those words have the same meaning. It's up to someone to actually interpret it according to themselves. Kalau baek yang dipilih, baiklah hasilnya. Kalau dah berkawan dengan tukang besi, kalau baju sedikit tak terbakar, bau busuk tu pasti melekat kat kita. Tapi ada orang bijak, berkawan dengan penjual perfume. Kalaupun tak mampu memiliki perfume itu, sedikit bau wangi pasti tercalit. Ada orang lagila bijak pandai, befriends to both, the blacksmith and perfume dealer. so that, he can gain experiences from both sides. Isnt it great?

me myself, I have two best friends of mine. Tak perlu kot untuk publishkn nama mereka. Cukup sekadar A dan B. But, they are both diff. Macam langit dengan bumi, merak dan gagak, anjing dan kucing,Rosa alba and lantana camera, BMW 5 series dan kancil lama and etc. A amatlah baik. Perintah agama jarang sangat ditinggalnya. Ditinggal pun pasti bersebab. Cakap parents sentiasa ditaati. To make it easy, he's such a perfect guy. Selalu saja mahu terbaik. Memberi tanpa syarat. Putih suci jiwa si A. And aku suka cara die. He try to be perfect though he realise the fact that nobody is perfect. At least he try to. Pernah dia tanya kepada aku, ape erti hidup ni sebenarnya? aku terkesima. Tak pernah terfikir pun. Yang aku tau life's short. make full use of it or else you'll regret it. Dia pun tak memberi jawapan. He asked me think about it deeply and seriously.

B..B is the opposite of A. Bukanlah terlalu jahat, tapi sikap nakal tu tak dapat dibendung. Benda dilarang jarang dibuat tetapi benda disuruh selalu benar ditinggalkan. Masih menghormati ibubapa, tetapi nasihat yang diberi umpama masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Sikap amatlah berbeza dengan A. Tapi kami kawan yang amat rapat. Ke mana saja pasti bertiga. Tapi A dan B selalu saja bergaduh, parah!!serba salah aku dibuatnya. B jarang serius pasal kehidupannya. Sentiasa enjoy dengan kehidupan. Merasakan kesedihan itu umpama angin, datang sekejap dan terus berlalu. A pun sama, tetapi dia lebih menghargai kehidupan, ambil serius tentang masa depan. Kesedihan bagi dia bukanlah angin, tetapi matahari yang memberi sinar baru dalam kehidupan.

Parah kan?? Aku pun pelik, macam mana A dan B boleh hadir dalam hidup aku. Dua-dua berbeza, sentisa nak menang kalau buat keputusan. At last, aku juga yang kena decide bagi mereka. Kadang-kadang decision yang aku buat, salah. In other word, aku agree dengan B. A akan sedih, tapi terpaksa ikut. Aku dah pun merosakkan A. Berdosa aku pada A. Apabila aku memihak A, B akan menjauh. Tetapi eventually dia pun akan ikut, kerana deep in his heart, dia tau A tu betul. He needs time to change.
Tapi sampai bila?

Pernah suatu hari, A dan B tanya aku. Between us two, who would you choose to be your buddy till the end of the world?hmmm..
Aku jawab, I need both of you. You are part of my life. You are inside me,you mould my life and I need A to help B to change.Insyaallah.