Saturday, July 23, 2011

sigh~

Teguhkan bahtera mu kerana lautan yg kamu harungi itu TERLALU dalam, perjalananmu masih JAUH, ringankan 


belakangmu kerana yang didaki itu 


TERLALU CURAM, ikhlaskan HATImu kerana ALLAH S.W.T

Tuesday, July 19, 2011

Long Way To GO

Lama x update blog..
It has been a while since aku menjenguk blog ni. Masa orang dok sebok psl BERSIH pun aku teringin nak update. Yelah, bila post kat facebook mcm2 org dok kata. Kalau bangkang, kata pro-kerajaan, kalau sokong depa kata kita pro-pembangkang. Well, we cant force others to accept everything we say aite? As long as ukhuwah tu sentiasa terjaga. Nothing's wrong when it comes to argue about things.
 Few things about BERSIH, aku actually not against anything yang depa dok perjuangkan. Like i said, kalau kotor, bersihkan cara elok. Sedangkan dlm Islam pn ada cara nk bersihkan najis. Inikan something yang manusia sendiri buat or wujudkan. Apa yg aku against adalah ada hidden agenda behind all this. But still, mcm org ckp bila kerajaan dah corrupted, everything yg jd akan ada opposition behind all this. But, sapa suruh corrupt kn? Berani kerana benar, takut kerana salah. At this point, government salah dlm membuat decision. And aku still xsokong demonstrasi jalanan. Wasnt there and i dont know the real situation there.Well this is just another my point of view.

Okay2..stop about politics. Politik sentiasa kotor. Lebih kurang 2 minggu je lagi aku nk keja kat Reject Shop Mines ni. Kalau tny awat aku  keja, mestilah nk independent, merasa duit hasil titik peluh sendiri, and nak cari pengalaman. Memang byk pn pengalaman yg aku dapat. Kenal org tu, faham org ni. And now i learn myself very well. Prinsip yg aku pegang, kalau org tu baek kat aku, aku boleh bls dengan infinity kebaikan. Tapi once kau betray aku. Aku boleh balas dgn seribu kejahatan. BOLEH tp aku xkn buat pn. The least i do is not talking to u. Sorry im not the person who hold revenge for long. Cepat marah, cepat sejuk.

Long Way To Go...
Banyak lagi masa untuk aku baiki diri sendiri. Banyak lagi orang yg aku akan kenal along the way. And hopefully i'll end up well. End up to be someone my parents proud of. End up to be someone who can later contribute to the nation insyaallah. 

Seriously, i dont  know what else to talk about. Kepada yg membaca, thanx alot. This blog is just a reminder for me. Complete isnt the same as perfect.

Friday, June 10, 2011

my first love

Ke hadapan saudari tercinta,

Hari ni, sempat sy ketemu dgn awk. Tak byk berubah just like the old time. Awk selalu buat sy rasa addicted kat awk. Well, we know each other since form one lg. Nasib baik ada interhouse, kalau x mesti sy xjatuh hati kat awk. Yela, not so many people nak dekati awk. Awk lain dari yg lain. Kwn2 awk pn bkn calang2. Semua org pandang tinggi. A very special one. And sy akui sy masih sygkan awk. Sgt2 sygkn awk. Eventho awk pernah tinggalkan parut kat sy. The one yg akn last forever. But one day, i will tell d story of u to my kids. Insyaallah. Siap ada souvenir lg from awk. Maybe x sehebat yg lain. But still sy tetap akan cerita.

Awk byk ajar sy erti hidup. Kalau jatuh kena bgn semula. Tak boleh selamanya jatuh. Awk buat sy kenal erti sahabat. Kenal erti determination. Dulu lepas awk buat sy skt 4 almost a year sy dah insaf. Taknak dekati awk lg. Tp kat matriks sy ttp jumpa awk. Kali ni kwn2 sekolah lain yg ajk. Tula..org ckp lelaki ni kalau dah syg, mmg syg betul2. Sembuh je dari sakit sy rapat dgn awk blk. Tp xle seserius dulu. Tp still byk kali jgak kat matriks sy date dgn awk dan dgn kwn2 lain. Kat matriks kedah la..USM lah.. Apa boleh buat,like i said im addicted to u.

Now kat upm pn sy still involve dgn awk. Jeles tgk kwn2 lain boleh serius dgn awk. Tp sy tau had sy. Takkan nk sakit selamanya kan. Thank you awk yg bernama rugby. People might say sy xbetul sbb boleh jatuh hati dgn awk. Tp awk mmg berbeza, awk ajar sy erti kehidupan bg yg nk memikirkan. Bila jatuh kena tackle kena bgn blk. Kalau jatuh xbgn, kita akan klh. Just the same in life. Kita akan jatuh byk kali, tapi kita tetap kena bgn semula. Kita kena ada goal dlm hidup, once kita dah try kita tetap xle leka. In other words,kita kena menang. Sakit daripada injury tu mmg sy xdpt lupa tp it was sweet tho. Tu yg lepas operate pn tetap nk main.

Sy rasa sampai di sini dulu yg mampu sy coretkn psl awk. Thnx ye awk. I owe u  alot. No risk no fun. Rugby is a beastly game played by gentlemen. Thanx sbb buat sy gentlemen.=)

regards
affanali
Form 2

We were proud to put on the black shirt to the field
UPM

Friday, May 20, 2011

MARAH OI!!

PAKU DI DINDING

Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat
mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja.
Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku. "Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut.
"Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya. Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut.
Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan.
Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari, dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun.
Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira.
Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan.
Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya.
Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata "Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini. Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah, tak kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatam mu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal.
Sahabat adalah permata yang sukar dicari.
Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakan mu ke arah kejayaan.
Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan sentiasa membuka hatinya kepada kita.


Maafkan saya sekiranya saya pernah meninggalkan kesan berlubang di dinding hati anda.