Saturday, December 18, 2010

Take your time

Hmmm..something to ponder about..aku sangat admire Tan Sri Syed Al Bukhary and of course Tan Sri Halim Saad himself. Being a really kind hearted person, may Allah bless them and others who are also on the same path with them all. Semoga ramai lagi mampu jadi seperti mereka, and may Allah shows me the way to be like one of them. Amin. Credit goes to Afif Ali for posting this an eye opening video. May it aspires us to succeed and try our hardest to become a person who appreciates others in our own ways.




Kerana tak ramai mampu jadi seperti mereka. And to learn more about them, just google or maybe search on facebook and you'll find more interesting facts about them. How they fall and bounced back. I had the chance to be face to face with this fantastic man, Tan Sri Halim and I'll never forget all the good deeds you've done to me. Thanks again although you might not even know me, I am surely will never forget you. May Allay bless you. Amin..

Tan Sri Halim Saad
p/s:actually ramai lagi yang aku admire. Both of them are part of the people.




Wednesday, December 8, 2010

Perception is dangerous.

A lot of things happened in the last few fantastic days. At first, my really main agenda of becoming the so called volunteer was to get some pocket money. Itu apa yang Mr. Saiful cakapla kan, but then unfortunately, of course lah volunteer wont get any payment for their jobs. Nama pun volunteer.~duh~ Oh, forgot to mention, I became one of the volunteer in the ABP debate. (Asian British Parliamentary Debate) Penat and serabut are the best two words to describe the whole program. But then honestly speaking, i learnt a lot of things here. A lot!

Maybe this was one of my first activities in UPM. Aku pun x pernah ada any experience in debate. Plus, I dont have that talent or maybe the commitment of becoming one. Tapi, to witness all the debaters from all over asia was damn cool. Some of them spoke like the bullet train tho they dont have one in their country. Seriously I cant even understand a single word or maybe it was just me.Haha..Penat because terpaksa kehulu kehilir and credit goes to Emi Mok and Nubli for letting me borrow their bikes. Serabut because somehow tho they are debaters and of course lah faham English kan. But then they turned out just to ignore or buat-buat xtau when we asked them to be quick and on time. No wonderlah some of them cakap we share the same culture. Being late is normal and bla3..Im not blaming them sebab of courselah aku pun selalu je lambat. Something must be done to improve this attitude kan?

After all, those experiences really do affect me. I learnt the communication skills, (sounds silly kan?but I AM SERIOUS) the hulk joke and the snow joke, how to handle people, and to deal with them. And mcm my entry before, the feeling of getting to know new people(I mean the other volunteers) is awesome dude! I mean from cakap mcm stranger and turn out boleh bersembang mcm bertahun kenal. Awesome kan??Seriously..awesome doe..I dont have even a single word to describe the awesomeness..Okay fine the word is awesomeness.

Oh, aku terlupa nak cakap, maybe a phrase or sentence la kot yang aku rasa best. Perception is dangerous. Renung-renungkan lah okay! And the reason of joining this debate thingy is actually to gain new experiences. Takkan nak spend the whole 4 years in UPM or degree dengan duduk dalam bilik, study and then kerja. Memang tak la kan. So after this if possible I'd like to join all the activities. And next on my list is to be a volunteer in NGO. AMAN Malaysia ke kan..something like that .I dont know..a lot out there, I just dont know the right person who can guide me actually.~ Sigh~

Monday, November 29, 2010

Entry baru.

Sem 1 dah habis dah. Dan sem 2 akan datang early in January. Tapi sem2 aku dah pun start dengan program and training. Holz yang x sampai sebulan aku manfaatkan dengan mengisi penuh perut buat bekalan.~sigh~ Makan dan makan. Cepatnya masa berlalu. 2010 pun dah tinggal a month je. After this, 2011 akan menjengah. Macam-macam berlaku dalam tahun ni. Macam-macam pengalaman baru aku dapat tahun ni. Pengalaman yang harapnya dapat mematangkan akal fikiran.

Suramnya KL bila hujan.
Harapnya lebih banyak pengalaman yang aku mampu jadikan sebagai pembimbing hidup ini. Kerana perjalanan masih jauh, perjalanan masih panjang. Cita-cita tinggi melangit tidak akan hanya tinggal di langit, ingin sekali aku gapai dan letakkan di sisi aku sepanjang perjalanan ini. Insyaallah..
Bila malam menjelma
Semua orang ada masalah sendiri. Sebesar-besar masalah kita mesti ada orang yang ada masalah yang lagi besar. Sehappy-happy kita, mesti ada orang yang hidup dia lagi happy. Kan? Itu lumrah hidup yang kita tak mampu lawan. Apa-apa pun live life to the max. Ikut cara kita, jalan kita, impian kita walaupun sampai satu tahap kita tahu ada benda yang kita sangat impikan dalam hidup kita tak akan dapat. Itu pun lumrah, ada benda yang kita mahukan, yang kita rasakan baik untuk kita, boleh jadi sebenarnya tak baik untuk kita. Tapi ada benda yang kita paling tak mahu dalam hidup ni tapi itulah yang kita dapat sebenarnya amat baik untuk kita. Bukan aku yang cakap.

Saturday, November 6, 2010

Sayang

Too many reasons for loving someone. Sebab cantiknya, senyumannya, budi pekertinya, manis tutur katanya, lirikan matanya dan macam-macam lagi. Dan kalau dah sayang, lautan bara, gurun sahara, sungai lava pun sanggup direnangi. Macam-macam kan? Kalau dah sayang, bangun pagi teringat, nak tido pun teringat. Ni dok tengah on9 pun boleh teringat. Kalau dah sayang, semua nampak sempurna di mata. Sempurna semuanya, zero cacat cela.
Selalu kita disuapkan dengan kisah yang macam tu kan? Sayang means cinta,love,mohabbatein,mengasihi dan dikasihi. Susahnya dunia kalau xde kasih sayang. Sebab itu Allah kurniakan perasaan kasih sayang. Kerana kasih sayang lah Adam dan Hawa bersatu. Seorang dicampak ke hujung dunia, seorang dicampak ke hujung lagi satu. Dengan perasaan kasih sayang mereka kembali bersatu. Dan dengan kasih sayanglah kita hadir ke dunia.

There could be million reasons to love our parents. And the list will never end. Parents aku adalah terbaik. Memberi sekadar yang mampu, sayang sepenuhnya. Too many reasons and one of it is mak is the best barber ever. Selepas SPM, banyak masa dihabiskan di rumah, PLKN pun aku sanggup ponteng semata-mata nak habiskan masa kat rumah. Ye lah..almost 5 years, aku boleh kira berapa hari je yang aku habiskan kat rumah. And after je SPM, mak yang selalu do my haircut. Bukan apa, aku lebih suka tangan mak yang pegang kepala aku. Dan benda yang aku selalu cakap ialah, "Mak potong rambut yang mak rasa elok kat adik eh" 

Kerana bagi aku, mak knows what best for me. Jarang aku comment lepas mak potong, tapi ayah selalu ada kat situ. Habis je sesi, ayah akan ckp,"Haa,kan elok potong camtu. Lagi pendek lagi bagus." dan kisah tu berlanjutan sampailah ayah start cerita masa zaman sekolah dia pulak. Dan akhirnya aku pun senyum sendiri, elok ke xelok potongan rambut, mereka tetap mak ayah aku. Kalau aku nk simpan rambut panjang, mak mesti bising tapi xpernah pulak mak bantah. Panjang pun ada hadnya. Mak pun buat yang terbaik. Kalau tersalah potong mak mesti ketawa, tapi ayah mesti ada kat situ, selalu je komen yang positif."Okay lah tu..tu pun panjang lagi tu..potong pendek teruslah.."Selalu ada di situ...Bila nk masuk UPM, aku request nk potong pendek terus. Berulang kali mak tanya betul ke tak ni. Akhirnya memang pendek terus rambut aku. Selalu ada di situ...Ayah senyum.

Selalu ada di situ . Itulah sayang sebenarnya. Supportive. Itulah sayang. Aku bersyukur dapat parents macam diorang. Memberi tanpa syarat, memberi yang termampu dan sayang sepenuhnya. Indahnya ciptaan Allah. Terima kasih Allah kurniakan mak ayah, barber dan pengkritik  terbaik kepada aku!


Saturday, October 30, 2010

i just love this!

I've got a really bad disease
It's got me begging
On my hands and knees
So take me to emergency
'Cause something seems to be missing

Somebody take the pain away
It's like an ulcer bleeding in my brain
So send me to the pharmacy
So I can lose my memory

I'm elated
Medicated
Lord knows I've tried to find a way
To run away

I think they found another cure
For broken hearts and feeling insecure
You'd be surprised what I endure
What makes you feel so self-assured?

I need to find a place to hide
You never know what could be
Waiting outside
The accidents that you could find
It's like some kind of suicide

So what ails you is what impales you
I feel like I've been crucified to be satisfied

I'm a victim of my symptom
I am my own worst enemy
You're a victim of your symptom
You are your own worst enemy
Know your enemy

I'm elated
Medicated
I am my own worst enemy
So what ails you is what impales you
You are your own worst enemy


Monday, October 25, 2010

Serabut

Serabut. Tu lah satu perkataan yang mampu describe diri aku sekarang. Pernah dengar What goes around comes around? Aku pun susah nak describe diri aku. Kadang-kadang aku selalu nak jadi orang lain dan observe diri sendiri. Handsome ke, baik ke, jahat ke, and things yang buat diri aku tak complete di mata orang. Teringin nak penuhi cita rasa setiap orang walaupun aku xmampu buat macam tu pun. Tapi bukanlah aku untuk judge orang lain pulak. Maybe aku ada buat judgements towards others but not kinda person yang akan menjaja cerita tu ke sana ke mari, I'll keep it to myself and take it as a lesson to me instead. Kita bukan maksum, xpernah commit to sins.  Bukan jua malaikat yang taat perintah. Kita tak mampu jadi begitu. Bagi aku, kalau kau buat baik kat aku, aku akan balas dengan infinity kebaikan. Kalau jahat, aku akan cuba tak membalas dengan jahat juga. CUBA! Bukan mesti. Kalau kau hormat aku as a matured person, aku akan hormat kau as someone yang pandai hormat orang. Aku even akan admire kau as someone yang complete.

Complete bukan perfect. Aku pun kadang-kadang ada buat salah, tapi deep inside aku akui kesalahan tu. Tapi ego tu melampaui segalanya. Orang berbudi kita berbahasa. Aku akui, kadang-kadang terkurang bahasa, budi apatah lagi. Bukan bermaksud, hanya diri aku yang masih tidak complete. Complete isnt perfect. Bear it in our mind. Kadang-kdang kita kena ambil sedikit masa yang diberi Allah ni untuk menilai diri kita, letak diri kita kat mana tahap yang sepatutnya dan cuba untuk muhanasabah diri sendiri. It's inevitable for us to not judge others. Berpada-padalah, bukankah bersangka baik tu ajaran Allah.

Tuesday, October 19, 2010

kosong

Kadang-kadang banyak terasa banyak benda yang kita impikan dalam hidup ni. Even aku pernah make a list of what I'd love to do, at least once in this whole life kena gak try nak buat benda-benda tu. List tu aku buat masa still f4, well some are achievable and some aku dah pun terlepas. Well, no regret. Banyak lagi kot dalam senarai yang belum dicapai, and ada few yang dah pun berjaya. Contoh benda yang aku teringin sangat nak buat macam scuba diving kat Sipadan. Kenapa Sipadan? Ntah.. and ada few lagi. Well, i'll keep it to myself.

Aku rasa semua orang patut ada a list like this. Bukanlah nak memasang impian yang bukan-bukan, tapi lebih kepada untuk motivate diri sendiri. Hidup kan sekali, kalau kita terlepas benda-benda yang kita desperately nk try, mesti agak sedih. Bila dah kudrat tak terdaya baru rasa menyesal, at least give it a try. Tak mengalah sebelum masanya.

Lagi 3+  weeks nak final, bila kenang balik. Sekejap je. Macam baru semalam jejak kaki kat UPM, sekarang dah nak habis sem 1. After this mesti banyak berubah, senior2 final year pun nak habis dah. Banyak kenangan dengan diorang. And banyak gak tempat-tempat makan yang menarik yang diperkenalkan. Thanx guys!

After all, apa yang aku cuba sampaikan ialah kita kena ada matlamat dalam hidup. List things I'd love to do tu adalah one of it. Setiap orang ada cara sendiri, bagi aku list tu akan sentiasa membawa perjalanan hidup aku. Mungkin ada certain yang aku takkan mampu laksanakan pun. Oh btw, pasal kaki aku ni. So far, dah okay dah. Lepas ni kena control makan so that berat tak naik dan tak membebankan badan. Harap-harap after this no more injury. Seksa oi!!

Monday, October 11, 2010

aduh

Again??ala..takkan kena lagi sekali kot. Kaki sebelah plak tu. Seriously aku ingat kaki kanan dah cukup kuat, tibber kena gak, but hopefully tak lah seteruk dulu. Sebab at least aku still boleh berjalan. Nasib badanla. Dulu masa 1st time, aku dah bertaubat dah. Kalau boleh taknak involve in this tough game play by gentlemen (sempat lagi tu)  lagi dah. Tapi kalau dah sayang, memang susahla nak tinggalkan. Kan? Masa ACL operation tu pun dah cukup seksanya, tak larat kot nak tanggung lagi sekali. Tapi kalau dah terpaksa, nak taknak kenala jugak. Tapi dulu ada orang temankan masa operation, the whole week kot. Haih, sekarang memang kesepian la kan. But, anyhow, those experiences akan tersemat kukuh di sanubari, dari 1st day admitted sampailah boleh keluar. Parut pun seumur hidup kot. Tapi nak repeat balik those experiences memang tak la kan. Macam duduk dalam penjara, nak bergerak pun susah. Aduhai...

Saturday, October 2, 2010

senyumlah

Dah lama dah tak update blog ni. Please, bukan hangat-hangat tahi ayam okay. It’s just that I’m busy with assignments, catching up the datelines, preparing for presentation, tests are coming abundantly, rugby, somehow ia amat memenatkan.~sigh~. But we had great time during sambutan raya. How I wish I could put up pictures of us. Getting to know new people is such a great feeling. Okay. I have a so called riddle here. What on earth that is no price at all, it is available 24/7 365 days, some might call it sweet and lovely, it’s special Okay stop it! one more clue.. If you give it to people you’ll 99.9% will get it back??come on..melt the ice in your head. Okay, I’ll give you the answer..hmm..it is SMILE =) Simple kan? Believe it or not, just a simple smile, it could light up others life. Somehow, orang yang dalam big trouble pun at least akan rasa relieve. Betul tak tipu. Kan? So smile when you bump into strangers and of course kalau people we know, lagilah kena senyum, tegur. Tak salah kot. Me myself is working so hard on this. At least I give it a try. You’ll not lose anything but you’ll gain everything.

Tuesday, September 14, 2010

Raya

i dont think it's too late to wish selamat hari raya maaf zahir batin. Kinda busy lately, busy preparing for raya, dont have the real time to celoteh here. Anyway, raya this year is happier. Cukup semua in my family. On the very first day, right after getting back from solat, dah beratur budak-budak nak beraya. Tak menang tangan dibuatnya. Well, this is what we call raya. Tapi, untuk yang dah besar panjang, mesti dah rasa tak semacam dulu..kn??

raya jugak buat aku fikir cepatnya masa berlalu. Kan? i bet you guys also think the same. Waaa.. dah setahun berlalu. Ntah sempat ke tak untuk tahun depan pulak.hmmmm..still wondering..at least terfikir jugak tentang usia. Ada certain people, they live like they have another 10000++ years. Tak takut mati punya orang. Hidup nak enjoy je. Kan ada orang macam tu.

Ada orang senang-senang je nak snatch hidup orang lain. Agak tak suka je, ada masalah sikit terus dibunuhnya. Hairan.. Ada ini orang, dalam dilema. Betul tak tipu. Nak sokong ke tak, nak jaga ke tak. Sampai ada orang label his leadership is stupid because they dont know whats happening. Dah ada berani bangkang itu ini, demand itu ini. Yang tuan punya tanah pun tak bersatu, semua nak tunjuk kapla. Semua nak jadi no 1. Kan pakcik An kan?haih.. Bila lagi kita boleh lihat bangsa kita bersatu. Hairan-hairan.

Monday, September 6, 2010

a Atau B?

Kawan, sahabat, rakan, member, buddy, friends.. All of those words have the same meaning. It's up to someone to actually interpret it according to themselves. Kalau baek yang dipilih, baiklah hasilnya. Kalau dah berkawan dengan tukang besi, kalau baju sedikit tak terbakar, bau busuk tu pasti melekat kat kita. Tapi ada orang bijak, berkawan dengan penjual perfume. Kalaupun tak mampu memiliki perfume itu, sedikit bau wangi pasti tercalit. Ada orang lagila bijak pandai, befriends to both, the blacksmith and perfume dealer. so that, he can gain experiences from both sides. Isnt it great?

me myself, I have two best friends of mine. Tak perlu kot untuk publishkn nama mereka. Cukup sekadar A dan B. But, they are both diff. Macam langit dengan bumi, merak dan gagak, anjing dan kucing,Rosa alba and lantana camera, BMW 5 series dan kancil lama and etc. A amatlah baik. Perintah agama jarang sangat ditinggalnya. Ditinggal pun pasti bersebab. Cakap parents sentiasa ditaati. To make it easy, he's such a perfect guy. Selalu saja mahu terbaik. Memberi tanpa syarat. Putih suci jiwa si A. And aku suka cara die. He try to be perfect though he realise the fact that nobody is perfect. At least he try to. Pernah dia tanya kepada aku, ape erti hidup ni sebenarnya? aku terkesima. Tak pernah terfikir pun. Yang aku tau life's short. make full use of it or else you'll regret it. Dia pun tak memberi jawapan. He asked me think about it deeply and seriously.

B..B is the opposite of A. Bukanlah terlalu jahat, tapi sikap nakal tu tak dapat dibendung. Benda dilarang jarang dibuat tetapi benda disuruh selalu benar ditinggalkan. Masih menghormati ibubapa, tetapi nasihat yang diberi umpama masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Sikap amatlah berbeza dengan A. Tapi kami kawan yang amat rapat. Ke mana saja pasti bertiga. Tapi A dan B selalu saja bergaduh, parah!!serba salah aku dibuatnya. B jarang serius pasal kehidupannya. Sentiasa enjoy dengan kehidupan. Merasakan kesedihan itu umpama angin, datang sekejap dan terus berlalu. A pun sama, tetapi dia lebih menghargai kehidupan, ambil serius tentang masa depan. Kesedihan bagi dia bukanlah angin, tetapi matahari yang memberi sinar baru dalam kehidupan.

Parah kan?? Aku pun pelik, macam mana A dan B boleh hadir dalam hidup aku. Dua-dua berbeza, sentisa nak menang kalau buat keputusan. At last, aku juga yang kena decide bagi mereka. Kadang-kadang decision yang aku buat, salah. In other word, aku agree dengan B. A akan sedih, tapi terpaksa ikut. Aku dah pun merosakkan A. Berdosa aku pada A. Apabila aku memihak A, B akan menjauh. Tetapi eventually dia pun akan ikut, kerana deep in his heart, dia tau A tu betul. He needs time to change.
Tapi sampai bila?

Pernah suatu hari, A dan B tanya aku. Between us two, who would you choose to be your buddy till the end of the world?hmmm..
Aku jawab, I need both of you. You are part of my life. You are inside me,you mould my life and I need A to help B to change.Insyaallah.

Tuesday, August 31, 2010

katak oh katak

Petang ni hujan turun dengan mencurah-curah. Sebagai rahmat ataupun peringatan, kan bala juga boleh ditimpakan melalui rahmat. Suasana pun amat suram sekali, kalau dulu masa di KYS inilah masa nak ke 'syurga' melalui tidur. Angin yang sejuk, guruh yang sekali-sekala berdentum. Itu dulu, sekarang ada misi yang mesti dilaksanakan iaitu mencoret di dalam blog ini. Masa nilah idea datang mencurah-curah, tambahan hari ini ialah 31st august. Mudahnya kita menyambut, mengucapkan kata-kata, melaungkan dengan lantang tanpa kadang-kadang kita tidak sedar akan erti sebenar merdeka itu sendiri.

Hujan turun dengan mencurah-curah, mengingatkan aku pada lagu 'katak oh katak'. It,s a song, or maybe a traditional song sang by us during our kindergarden's period. But for me, it is not mere a song. It has deep meaning. Lagu yang tidak pernah menyalahkan diri sendiri, asyik nak point kepada orang lain saja walaupun ia adalah kekurangan diri kita sendiri. Sedar tak sedar lagu ini lebih kepada cynicism kepada kita.Hmmm..parah oi..

Lagi cerita pasal katak. Dari segi scientificnya, kulit katak adalah lembap, bernafas melaluinya dan amat sensitif. Sebab tula katak senang pengsan kalau kita letak cholorofom ye? Tapi, suatu hari seorang saintis yang bijak pandai telah melakukan eksperimen. Dia sediakan satu mangkuk dengan air mendidih lalu meletakkan seekor katak ke dalamnya. Katak pun secara naturalnya mestilah melompat dengan pantas. Bertanyalah anak-anak muridnya dengan perasaan ingin tahu akan apa yang cuba disampaikan oleh saintis tadi. Dia diam..

Kemudian, dia sediakan satu mangkuk air yang nyaman, dan diletakkan katak yang sama ke dalamnya. Berkerut dahi anak-anak muridnya. Dalam hati, "ntah apalah yang prof ni nak buat. Dah kena alzhemeir kot." Penunu bunsen dinyalakan dan diletakkan di bawah mangkuk itu. Maka air itu pun dipanaskan dengan perlahan-lahan, katak itupun kelihatan selesa berada di dalam mangkuk itu. Anak-anak muridnya terus memrhatikan. Lama kelamaan, katak itu mati kerana tidak menyedari api di bawah mendidihkan air itu.

Owh come on..this is'nt about this freaking experiment. Anyone can do this at home if you're willing to witness an innocent God's creature dies slowly. Significantnya, ia adalah kita. Dibesarkan dengan kemewahan, mendapat hak keistimewaan dan mengambil kesempatan terhadapnya kerana merasakan hak ini akan selamanya melindungi kita. Apabila dicuit kita melatah, ke sana ke mari menjaja kisah sejarah bangsa. Kita mati dalam kemewahan yang diberi sama seperti katak, bersenang-lenang kerana merasakan dirinya selamat dan akhirnya membunuh diri sendiri.

Sunday, August 29, 2010

KLIA


Kadang-kadang, aku selalu wonder. How’s life should be? Selalu manis, mesti terlalu boring. Kalau terlalu banyak pahitnya, macam tak patut pulak. Anyway, it’s not something that is certained. I mean, we can always bring out the best into our life. Tapi kalau dah di Luh Mahfuz tertulis yang pahit kita akan dapat, itulah terbaik. He’ll always set us something good. Sebagai ujian, tak kiralah test tu datang as a nikmat or maybe a damn one.

It’s ujian in other words, obstacles. Semalam for the first time, berbuka di KLIA. And of course, I wasn’t there for nothing. I was there to share joys and tears, to send my fellow housemate, dormate, and of course batchmate ever or should I replace it with one of our siblings in Titanz and in my case, my classmate for the whole five years in KYS who’ll be futhering his studies to US.

Awal sampai, tapi sedikit saja yang dibicarakan. Bukan apa, with less time left main priority mestilah kat family. Aku faham Che Mokh , (if you are reading this)=). Apa-apa pun, I know he was glad to see us. Dan sedikit ralat sebab tak sempat jumpa dengan Faymao, Chombee, Amal and Uzira. And I’m sure you guys were also sad. So long Che Mokh @ Aqmal salleh. Till we meet again maybe another a year, mesti a lot to be shared, and take care. After this, ramai lagi akan menyusul. Joys and tears. At least, the least I can do is to be there. To wave at you guys, to say goodbye, goodluck, and take care. And to give a hug to be remembered for the rest of life.


Friday, August 27, 2010

life

Basically this is all about myself. Semua tentang hidup aku. All the ingredients that sweeten my life, pahit ke, masam ke, masin ke, and of course manis. Insyaallah. I've launched several blogs before, tetapi semua hampeh. And hopefully this one will last long. After all, life in university is so much fun, not to forget life in KYS, i bet all the experiences were really useful. And definitely, isu-isu yang kadang-kadang membangkitkan rasa curiosity. Tulisan ikhlas dari hati and please no hard feelings.

p/s:please do not mind the language=)