Tuesday, August 31, 2010

katak oh katak

Petang ni hujan turun dengan mencurah-curah. Sebagai rahmat ataupun peringatan, kan bala juga boleh ditimpakan melalui rahmat. Suasana pun amat suram sekali, kalau dulu masa di KYS inilah masa nak ke 'syurga' melalui tidur. Angin yang sejuk, guruh yang sekali-sekala berdentum. Itu dulu, sekarang ada misi yang mesti dilaksanakan iaitu mencoret di dalam blog ini. Masa nilah idea datang mencurah-curah, tambahan hari ini ialah 31st august. Mudahnya kita menyambut, mengucapkan kata-kata, melaungkan dengan lantang tanpa kadang-kadang kita tidak sedar akan erti sebenar merdeka itu sendiri.

Hujan turun dengan mencurah-curah, mengingatkan aku pada lagu 'katak oh katak'. It,s a song, or maybe a traditional song sang by us during our kindergarden's period. But for me, it is not mere a song. It has deep meaning. Lagu yang tidak pernah menyalahkan diri sendiri, asyik nak point kepada orang lain saja walaupun ia adalah kekurangan diri kita sendiri. Sedar tak sedar lagu ini lebih kepada cynicism kepada kita.Hmmm..parah oi..

Lagi cerita pasal katak. Dari segi scientificnya, kulit katak adalah lembap, bernafas melaluinya dan amat sensitif. Sebab tula katak senang pengsan kalau kita letak cholorofom ye? Tapi, suatu hari seorang saintis yang bijak pandai telah melakukan eksperimen. Dia sediakan satu mangkuk dengan air mendidih lalu meletakkan seekor katak ke dalamnya. Katak pun secara naturalnya mestilah melompat dengan pantas. Bertanyalah anak-anak muridnya dengan perasaan ingin tahu akan apa yang cuba disampaikan oleh saintis tadi. Dia diam..

Kemudian, dia sediakan satu mangkuk air yang nyaman, dan diletakkan katak yang sama ke dalamnya. Berkerut dahi anak-anak muridnya. Dalam hati, "ntah apalah yang prof ni nak buat. Dah kena alzhemeir kot." Penunu bunsen dinyalakan dan diletakkan di bawah mangkuk itu. Maka air itu pun dipanaskan dengan perlahan-lahan, katak itupun kelihatan selesa berada di dalam mangkuk itu. Anak-anak muridnya terus memrhatikan. Lama kelamaan, katak itu mati kerana tidak menyedari api di bawah mendidihkan air itu.

Owh come on..this is'nt about this freaking experiment. Anyone can do this at home if you're willing to witness an innocent God's creature dies slowly. Significantnya, ia adalah kita. Dibesarkan dengan kemewahan, mendapat hak keistimewaan dan mengambil kesempatan terhadapnya kerana merasakan hak ini akan selamanya melindungi kita. Apabila dicuit kita melatah, ke sana ke mari menjaja kisah sejarah bangsa. Kita mati dalam kemewahan yang diberi sama seperti katak, bersenang-lenang kerana merasakan dirinya selamat dan akhirnya membunuh diri sendiri.

1 comment:

ira said...

Katak si katak lompat..(^,^)