Sunday, January 16, 2011

Sukanya!

Aku bukanlah terlalu alim untuk berbicara bab2 agama. Selain dari kelas waktu sekolah, selebihnya aku dpt from pembacaan. Ada kadang-kadang terkesan sampai ke hari ni aku pegang. Ada tu baca jela, then terus terlupa. Insafnya pun sekejap jela, then terus senang dihasut. Manusia la katakan. Aku suka dengan satu ayat kalau xsalah aku ayat al Quran ni. Dalam al Baqarah kot. Jap nak gi Google. Ayat al Quran oi. Mana boleh buat main-main. Ha..see..x tipu punya. Betullah tu. Bunyi dia macam ni...

  Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. (Surah. Al Baqarah:216)

Terpulang pada individu untuk menafsirkan. Takkan aku nak buat tafsiran sendiri. Tak pasal2 terpesong akidah. Tapi apa yang aku nak sampaikan kat sini. Somehow, kalau dihayati sepenuhnya, ayat ni akan buat kita redha dengan segala ketentuan. Ni ayat yang aku pegang selama ni. Kalau berduka, ayat nilah penawarnya. Kalau sakit, ayat ini lah ubatnya. Bagi aku kita takkan selalu dapat apa yang kita nak, kerana selebihnya hanya Allah yang maha mengetahui.Hmm..renung2kan dan selamat beramal!

“Janganlah kamu takut dan janganlah kamu bersedih hati. Sesungguhnya Allah ada bersama kita”

Kata-kata nabi Muhammad kepada sahabat iaitu Abu Bakar ketika hijrah. 

Monday, January 3, 2011

3rd January

So nothing interesting happen utk hari ni except for hari ni hari 1st masuk kuliah untuk 2nd semester. First impression pun dah x elok. Datang lewat, semua salah contact lens. So from today onwards setiap hari akan bermula dengan tangisan. Seksa jugak nak put on the contact lens. Kata Amar maybe sebab x biasa lagi. Nanti dah biasa mesti x nangis la punya. Haha. Hari ni mengingatkan aku kepada peristiwa about 12 tahun lepas. Sebab 3rd January jgak semua sekolah start termasuklah sekolah rendah.

Bagi aku, 1st day sekolah rendah adalah amat menyeronokkan. Maybe sebab perasaan excited melebihi segalanya kot. Mau x nya. Aku tidur pakai kasut kot the night before. Nak pakai uniform maybe terlebih hyperbola kot. Tapi just to describe the eagerness nak start sekolah. Apa yang aku ingat 1st day sekolah aku cool je. Tak macam budak-budak lain. So immature behaviour. Nak melalak, menangis, merayu parents just to stay with them. Bukan akulah nak buat camtu kan. I was relax, cool and so confidence that everything gonna be alright. So aku pun tengok je lah  budak-budak masa tu seolah-olah aku ni dah lama masuk sekolah. Macam pandang rendah and kehairanan la kan. Biasalah masa budak-budak. Nak berlagak cool and macho. Everything that irritates us about others can lead us to an understanding of ourselves.-Carl Jung

Kelas 3S1-Johan koir =)

Apa yang aku ingat, aku dapatlah kenal few friends yang satu tadika dulu. And diorang pun cool and steady. Budak cool mesti nak geng dengan budak cool kan. Mana boleh geng dengan budak-budak hingusan. And the day went smoothly, nothing happened except for there were still budak-budak menangis merayu meminta simpati. Suddenly aku rasa sangat sakit perut. And seriously cikgu aku x bawak kitorang round2 sekolah macam minggu orientasi camtula. So the choice was either tahan and berkemungkinan boleh melepas bila-bila or pergi tanya cikgu kat mana tandas. And bila berdepan dengan cikgu, soalan yang ditanya adalah "Cikgu, mana bilik guru?"

Haa..mesti cam wonder kan why aku tanya bilik guru instead of tandas. Sebab, aku nak pergi jumpa mak aku. She was one of the teacher. Senanglah sikit, boleh pau tandas cikgu terus. Tak payah geli-geli nak masuk tandas student. Bijak x? Ironinya, aku actually x rasa cool or relax pun masa tu. More to rasa selamat sebab mak ada kat situ all the time. Agak-agak rasa lapar je, cari mak. But aku xlah menggunakan kuasa veto ni untuk kepentingan diri. Telinga aku pun pernah kena piat dengan mak sebab bising dalam kelas kot. It takes courage to grow up and turn out to be who you really are.- e.e. Cummings 

Cepat masa berlalu kan?wish I could turn back the clock. Nak repair mana-mana yang x kena. Tapi tu hakikat kita xleh lawan. Moga masa depan menjanjikan sesuatu untuk aku. Amin. You can have anything you want if you are willing to give up the belief that you can't have it.
-Robert Anthony

Saturday, January 1, 2011

Oh!! it's 2011

See..sekejap je dah habis setahun. Pejam celik dah habis setahun. Actually, I kinda dislike 2011, sebab cam x lawa the numbers. Ada pulak kaitan the numbers dengan best x best the year should be. Tapi mcm mana aku suka 2010 pun, 2010 lah paling perit. Orang cakap zaman peralihan. From high school or matriks to uni life. Mine might not be that different. Yelah, locals uni of course lah x susah sangat nak adapt. Kawan-kat kat overseas lg lah susah. Nak adapt dengan new culture, condition kat sana lagi. Bila fikir-fikir balik, 2010 ni macam a year yang determine my life's route. Maybe not 100%, tp part of my life adalah from 2010. Macam-macam berlaku, kalau nk cerita from A-Z mmg x habislah kan. Boleh muntah sebab boring kalau baca pun.

Thanks to Loma, Maputz, and Abop (hope I spell it right) for sharing  your life experiences. Diorang ni senior aku, and tengah dalam fasa pekerjaan. So no doubt their experiences banyak compare dengan aku yang seciput ni. Cerita itu, cerita ini. Alih-alih xsedar dah pagi terus melantak kat Azura. 2010 jugak buat aku realize the way to recognize penipu. Tak susah sangat pun, cakap itu, cakap ini. Alih-alih buatnya benda lain. Kan senang tu. Bahasa kasarnya munafik, tapi bukanlah aku nak menghukum. Manusia kan senang berubah.

Pernah dengar cerita perlumbaan arnab dengan kura-kura? Sebenarnya ada perlumbaan kedua. Kita yang xtau. Menurut al kisah, kura-kura ni sebenarnya boleh jadi lagi laju daripada arnab. Tapi benda yang kura-kura kena buat adalah dengan membuang cengkerang keras kat belakang dia tu. Tapi satu benda yang buat aku respect dengan kura-kura, dia xkan sesekali buang cengkerang tu. Sebab bagi dia, mengekalkan identiti lagi penting. Kalau dia nak menang pun biarlah dengan nama kura-kura. Sebab bila dah buang, itu bukan kura-kura namanya. Kan?nak panggil apa pun xtau.

Ironinya, kura-kura tu adalah kita sendiri. Tak perlu buang identiti sendiri just nak menang 1 perlumbaan. Jadi diri sendiri and berusaha dengan identiti sendiri. Dan xperlu nak amik identiti others just to please people around you. In other words, tak perlu hipokrit. Orang maybe xnampak, tapi sampai bila nak bertahan.