Sunday, January 16, 2011

Sukanya!

Aku bukanlah terlalu alim untuk berbicara bab2 agama. Selain dari kelas waktu sekolah, selebihnya aku dpt from pembacaan. Ada kadang-kadang terkesan sampai ke hari ni aku pegang. Ada tu baca jela, then terus terlupa. Insafnya pun sekejap jela, then terus senang dihasut. Manusia la katakan. Aku suka dengan satu ayat kalau xsalah aku ayat al Quran ni. Dalam al Baqarah kot. Jap nak gi Google. Ayat al Quran oi. Mana boleh buat main-main. Ha..see..x tipu punya. Betullah tu. Bunyi dia macam ni...

  Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. (Surah. Al Baqarah:216)

Terpulang pada individu untuk menafsirkan. Takkan aku nak buat tafsiran sendiri. Tak pasal2 terpesong akidah. Tapi apa yang aku nak sampaikan kat sini. Somehow, kalau dihayati sepenuhnya, ayat ni akan buat kita redha dengan segala ketentuan. Ni ayat yang aku pegang selama ni. Kalau berduka, ayat nilah penawarnya. Kalau sakit, ayat ini lah ubatnya. Bagi aku kita takkan selalu dapat apa yang kita nak, kerana selebihnya hanya Allah yang maha mengetahui.Hmm..renung2kan dan selamat beramal!

“Janganlah kamu takut dan janganlah kamu bersedih hati. Sesungguhnya Allah ada bersama kita”

Kata-kata nabi Muhammad kepada sahabat iaitu Abu Bakar ketika hijrah. 

3 comments:

shyda_shrek said...

jangan takut n bersedih k mr panda..=)

ira said...

Allah always with us! (^,^)

'affanali said...

thanx yaw!!=)