Monday, November 29, 2010

Entry baru.

Sem 1 dah habis dah. Dan sem 2 akan datang early in January. Tapi sem2 aku dah pun start dengan program and training. Holz yang x sampai sebulan aku manfaatkan dengan mengisi penuh perut buat bekalan.~sigh~ Makan dan makan. Cepatnya masa berlalu. 2010 pun dah tinggal a month je. After this, 2011 akan menjengah. Macam-macam berlaku dalam tahun ni. Macam-macam pengalaman baru aku dapat tahun ni. Pengalaman yang harapnya dapat mematangkan akal fikiran.

Suramnya KL bila hujan.
Harapnya lebih banyak pengalaman yang aku mampu jadikan sebagai pembimbing hidup ini. Kerana perjalanan masih jauh, perjalanan masih panjang. Cita-cita tinggi melangit tidak akan hanya tinggal di langit, ingin sekali aku gapai dan letakkan di sisi aku sepanjang perjalanan ini. Insyaallah..
Bila malam menjelma
Semua orang ada masalah sendiri. Sebesar-besar masalah kita mesti ada orang yang ada masalah yang lagi besar. Sehappy-happy kita, mesti ada orang yang hidup dia lagi happy. Kan? Itu lumrah hidup yang kita tak mampu lawan. Apa-apa pun live life to the max. Ikut cara kita, jalan kita, impian kita walaupun sampai satu tahap kita tahu ada benda yang kita sangat impikan dalam hidup kita tak akan dapat. Itu pun lumrah, ada benda yang kita mahukan, yang kita rasakan baik untuk kita, boleh jadi sebenarnya tak baik untuk kita. Tapi ada benda yang kita paling tak mahu dalam hidup ni tapi itulah yang kita dapat sebenarnya amat baik untuk kita. Bukan aku yang cakap.

2 comments:

fatin_nina018 said...

assalamualaikum..i just found ur blog accidently.haha n when i gone through it is catches my interest.sgt setuju dgn last paragraph tu.:)
btw,goodluck n keep moving on!

'affanali said...

owh really?thnx btw..happy reading ok! thanks again..