Saturday, December 18, 2010

Take your time

Hmmm..something to ponder about..aku sangat admire Tan Sri Syed Al Bukhary and of course Tan Sri Halim Saad himself. Being a really kind hearted person, may Allah bless them and others who are also on the same path with them all. Semoga ramai lagi mampu jadi seperti mereka, and may Allah shows me the way to be like one of them. Amin. Credit goes to Afif Ali for posting this an eye opening video. May it aspires us to succeed and try our hardest to become a person who appreciates others in our own ways.




Kerana tak ramai mampu jadi seperti mereka. And to learn more about them, just google or maybe search on facebook and you'll find more interesting facts about them. How they fall and bounced back. I had the chance to be face to face with this fantastic man, Tan Sri Halim and I'll never forget all the good deeds you've done to me. Thanks again although you might not even know me, I am surely will never forget you. May Allay bless you. Amin..

Tan Sri Halim Saad
p/s:actually ramai lagi yang aku admire. Both of them are part of the people.




Wednesday, December 8, 2010

Perception is dangerous.

A lot of things happened in the last few fantastic days. At first, my really main agenda of becoming the so called volunteer was to get some pocket money. Itu apa yang Mr. Saiful cakapla kan, but then unfortunately, of course lah volunteer wont get any payment for their jobs. Nama pun volunteer.~duh~ Oh, forgot to mention, I became one of the volunteer in the ABP debate. (Asian British Parliamentary Debate) Penat and serabut are the best two words to describe the whole program. But then honestly speaking, i learnt a lot of things here. A lot!

Maybe this was one of my first activities in UPM. Aku pun x pernah ada any experience in debate. Plus, I dont have that talent or maybe the commitment of becoming one. Tapi, to witness all the debaters from all over asia was damn cool. Some of them spoke like the bullet train tho they dont have one in their country. Seriously I cant even understand a single word or maybe it was just me.Haha..Penat because terpaksa kehulu kehilir and credit goes to Emi Mok and Nubli for letting me borrow their bikes. Serabut because somehow tho they are debaters and of course lah faham English kan. But then they turned out just to ignore or buat-buat xtau when we asked them to be quick and on time. No wonderlah some of them cakap we share the same culture. Being late is normal and bla3..Im not blaming them sebab of courselah aku pun selalu je lambat. Something must be done to improve this attitude kan?

After all, those experiences really do affect me. I learnt the communication skills, (sounds silly kan?but I AM SERIOUS) the hulk joke and the snow joke, how to handle people, and to deal with them. And mcm my entry before, the feeling of getting to know new people(I mean the other volunteers) is awesome dude! I mean from cakap mcm stranger and turn out boleh bersembang mcm bertahun kenal. Awesome kan??Seriously..awesome doe..I dont have even a single word to describe the awesomeness..Okay fine the word is awesomeness.

Oh, aku terlupa nak cakap, maybe a phrase or sentence la kot yang aku rasa best. Perception is dangerous. Renung-renungkan lah okay! And the reason of joining this debate thingy is actually to gain new experiences. Takkan nak spend the whole 4 years in UPM or degree dengan duduk dalam bilik, study and then kerja. Memang tak la kan. So after this if possible I'd like to join all the activities. And next on my list is to be a volunteer in NGO. AMAN Malaysia ke kan..something like that .I dont know..a lot out there, I just dont know the right person who can guide me actually.~ Sigh~

Monday, November 29, 2010

Entry baru.

Sem 1 dah habis dah. Dan sem 2 akan datang early in January. Tapi sem2 aku dah pun start dengan program and training. Holz yang x sampai sebulan aku manfaatkan dengan mengisi penuh perut buat bekalan.~sigh~ Makan dan makan. Cepatnya masa berlalu. 2010 pun dah tinggal a month je. After this, 2011 akan menjengah. Macam-macam berlaku dalam tahun ni. Macam-macam pengalaman baru aku dapat tahun ni. Pengalaman yang harapnya dapat mematangkan akal fikiran.

Suramnya KL bila hujan.
Harapnya lebih banyak pengalaman yang aku mampu jadikan sebagai pembimbing hidup ini. Kerana perjalanan masih jauh, perjalanan masih panjang. Cita-cita tinggi melangit tidak akan hanya tinggal di langit, ingin sekali aku gapai dan letakkan di sisi aku sepanjang perjalanan ini. Insyaallah..
Bila malam menjelma
Semua orang ada masalah sendiri. Sebesar-besar masalah kita mesti ada orang yang ada masalah yang lagi besar. Sehappy-happy kita, mesti ada orang yang hidup dia lagi happy. Kan? Itu lumrah hidup yang kita tak mampu lawan. Apa-apa pun live life to the max. Ikut cara kita, jalan kita, impian kita walaupun sampai satu tahap kita tahu ada benda yang kita sangat impikan dalam hidup kita tak akan dapat. Itu pun lumrah, ada benda yang kita mahukan, yang kita rasakan baik untuk kita, boleh jadi sebenarnya tak baik untuk kita. Tapi ada benda yang kita paling tak mahu dalam hidup ni tapi itulah yang kita dapat sebenarnya amat baik untuk kita. Bukan aku yang cakap.

Saturday, November 6, 2010

Sayang

Too many reasons for loving someone. Sebab cantiknya, senyumannya, budi pekertinya, manis tutur katanya, lirikan matanya dan macam-macam lagi. Dan kalau dah sayang, lautan bara, gurun sahara, sungai lava pun sanggup direnangi. Macam-macam kan? Kalau dah sayang, bangun pagi teringat, nak tido pun teringat. Ni dok tengah on9 pun boleh teringat. Kalau dah sayang, semua nampak sempurna di mata. Sempurna semuanya, zero cacat cela.
Selalu kita disuapkan dengan kisah yang macam tu kan? Sayang means cinta,love,mohabbatein,mengasihi dan dikasihi. Susahnya dunia kalau xde kasih sayang. Sebab itu Allah kurniakan perasaan kasih sayang. Kerana kasih sayang lah Adam dan Hawa bersatu. Seorang dicampak ke hujung dunia, seorang dicampak ke hujung lagi satu. Dengan perasaan kasih sayang mereka kembali bersatu. Dan dengan kasih sayanglah kita hadir ke dunia.

There could be million reasons to love our parents. And the list will never end. Parents aku adalah terbaik. Memberi sekadar yang mampu, sayang sepenuhnya. Too many reasons and one of it is mak is the best barber ever. Selepas SPM, banyak masa dihabiskan di rumah, PLKN pun aku sanggup ponteng semata-mata nak habiskan masa kat rumah. Ye lah..almost 5 years, aku boleh kira berapa hari je yang aku habiskan kat rumah. And after je SPM, mak yang selalu do my haircut. Bukan apa, aku lebih suka tangan mak yang pegang kepala aku. Dan benda yang aku selalu cakap ialah, "Mak potong rambut yang mak rasa elok kat adik eh" 

Kerana bagi aku, mak knows what best for me. Jarang aku comment lepas mak potong, tapi ayah selalu ada kat situ. Habis je sesi, ayah akan ckp,"Haa,kan elok potong camtu. Lagi pendek lagi bagus." dan kisah tu berlanjutan sampailah ayah start cerita masa zaman sekolah dia pulak. Dan akhirnya aku pun senyum sendiri, elok ke xelok potongan rambut, mereka tetap mak ayah aku. Kalau aku nk simpan rambut panjang, mak mesti bising tapi xpernah pulak mak bantah. Panjang pun ada hadnya. Mak pun buat yang terbaik. Kalau tersalah potong mak mesti ketawa, tapi ayah mesti ada kat situ, selalu je komen yang positif."Okay lah tu..tu pun panjang lagi tu..potong pendek teruslah.."Selalu ada di situ...Bila nk masuk UPM, aku request nk potong pendek terus. Berulang kali mak tanya betul ke tak ni. Akhirnya memang pendek terus rambut aku. Selalu ada di situ...Ayah senyum.

Selalu ada di situ . Itulah sayang sebenarnya. Supportive. Itulah sayang. Aku bersyukur dapat parents macam diorang. Memberi tanpa syarat, memberi yang termampu dan sayang sepenuhnya. Indahnya ciptaan Allah. Terima kasih Allah kurniakan mak ayah, barber dan pengkritik  terbaik kepada aku!