Tuesday, February 15, 2011

love is blind

Cinta itu datang dalam berbagai bentuk. Syukur kepada Allah kerana mengurniakan perasaan ini kepada kita. Selalunya perasaan ni mesti hadir bersebab. Cinta pandang pertama, cinta sebab caringnya someone tu terhadap kita dan macam-macam lagi. Semestinya pelik kalau kita tak pernah melihat orang tu tapi kita sayang sepenuhnya. Sampai termimpi-mimpi, terkenang-kenang mulut pulak menyebut-nyebut. Pernah jumpa orang macam ni? Kalau jumpa, please kenalkan aku kat dia. Mesti agung cintanya tu, nak jugak aku kenal dengan orang tu. Mesti kalah romeo n juliet, qaisy n laila, or maybe lagi agung daripada cinta adam kepada hawa. Fuhh..

Tapi this someone, aku xpernah jumpa, even a pic pun xpernah ada. Tapi aku tau, this 'someone' really loves me and of course orang yang tengah membaca ni. Kalau x, xkn sanggup der nak ulang alik memalukan diri dengan Pencipta nak mintak kurangkan solat semata-mata untuk umatNya. Tambah malu bila nabi2 laen seolah-olah memperlekehkan baginda n kita kerana kita dikatakan umat yang lemah. It is fact. Aku sendiri lemah. Agung kan cinta baginda? Tak pernah jumpa, tapi sentiasa mendoakan kita. Risaunya baginda terhadap kita umat akhir zaman ni. Baginda jugak menjanjikan syafaat untuk kita. Siap ada telaga lagi nnt di akhirat khas untuk umat tercinta. Aku xmampu nak cerita banyak. Sebab kadang-kadang kita lupa bahawa ada 'someone' who really loves us. Kalau mampu,cuba hayati bagaimana kisah kewafatan baginda.SINI


Kalau xbergenang airmata, moga2 terkesan jugak kat hati. Kasihnya Rasulullah. Siapa mampu tandingi? Saat wafat pun masih mampu menyebut umatku, umatku. Saat kesakitan sakaratul maut pun masih bertanyakan tentang sakaratul maut yang akan dihadapi kita. Ya Allah, agung betul cinta kekasihMu ini. SINI. Aku xtau mcm mana nak gambarkan, sedangkan aku ni pun selalu je hanyut. Tapi, harapnya kita mampu mencintai baginda. Maybe xsetanding cinta baginda kpd kita. Cukuplah sekadar berselawat dan sentiasa mengingati baginda. Selamat menyambut maulidur rasul.




5 comments:

muslimah said...

kena bezakan "cinta" dgn "nafsu".
kalau "cinta", hanya krn Allah. kalau "nafsu", makin menjauhkan dari Allah. batas2 tak dijaga. berdating....keluar sama2....bertemu....buat maksiat hati dgn bermesej...etc. na'uzubillah...

'affanali said...

Thanx to muslimah. Moga cinta yang hadir hanya kerana Allah Taala..amin..

ira said...

ni post yg ko kata aritu kn.. bru smpt baca..

awat muslimah kat ats tu komen tak sama ngn isi kandungan entry ko..hahaha..

'affanali said...

haha..xpelah..everybody has their own opinions..and i really appreciate theirs..sharing is caring kan..

Anonymous said...

alhamdulillah..kamu dpt melihatnya dari sudut yg positif n i definately agreed with you.Sebagai umat kita lakukan lah perubahan sbg penghayatan terhadap sirah junjungan.Biarlah perubahan itu sebesar hama asalkan kita tetap istiqamah...(aunty Dzala)